Sunday 9 October 2011

SEJARAH PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR





PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) ditubuhkan secara rasmi pada 1926, namun sebelum itu terdapat sebuah persatuan yang menguruskan liga negeri Selangor dan dikenali sebagaiSelangor Association Football League (SAFL) yang ditubuhkan pada 1905.
Namun, ekoran masalah politik dalaman sesetengah pegawai persatuan menarik diri dan menubuhkan persatuan baru yang dikenali sebagai FAS .
Perbezaan pendapat antara FAS dan SAFL berlarutan selama sedekad, tetapi kedua-dua pihak akhirnya mengalah demi pembangunan bola sepak negeri Selangor dan bergbung secara rasmi pada 22 Februari 1936 dengan nama FAS .
Perang Dunia Kedua yang meletus menggangu usaha FAS untuk memajukan bolasepak negeri. Usaha berkenaan hanya bermula secara agresif sebaik sahaja perang tamat, dengan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai presiden pertama FAS .
Walaupun bukan anak jadi Selangor , jasa Tunku amat besar iaitu dengan menamakan Stadium Merdeka sebagai gelanggang rasmi Selangor sebaik saja stadium itu digunakan untuk upacara pengisytiharan merdeka pada 31 Ogos 1957. Stadium terus beraksi di sana sehingga pembinaan Stadium Shah Alam pada 1994.
Pada era 1960an, Datuk Harun Idris membawa Selangor ke era baru selaku Presiden FAS . Beliau berkhidmat selama 21 tahun dari 1961 hingga 1982, dan sepanjang kepimpinannya, Selangormenjuarai 15 kejauraan Piala Malaysia.
Selaku Menteri Besar Selangor ketika itu, beliau turut bertanggungjawab memindahkan ibu pejabat FAS di bangunan MCA lama di Jalan Ampang ke Wisma FAS pada 1973 di sebelah Stadium Merdeka.
FAS terus beroperasi di situ sehingga pertengahan 1990an, di mana ia dipindahkan ke Bangunan Yayasan FAS di Kelana Jaya sehingga ke hari ini.
Pada era 1990an, Datuk Aini Taib yang mula diberi kepercayaan sebagai pengurus pada 1993 mula melakukan pembahruan dengan cara pendekatannya tersendiri.
Skuad Selangor ketika itu bukan saja dibarisi pemain import dan tempatan terbaik, malah juga terdiri daripada pemain anak jati negeri Selangor yang dihasilkan menerusi program pembangunan yang berkesan.
Tatkala skuad Selangor ketika itu dibarisi pemain hebat seperti Azman Adnan, Tony Cotte dan Mehmet Durakovic, beberapa pemain kelahiran Selangor seperti Asmawi Bakiri, Shahril Arsat, Rusdi Suparman dan Azlisham Ibrahim turut diketengahkan.
Gandingan Aini bersama jurulatih Ken Worden dan kemudiannya Steve Wicks turut membolehkanSelangor merangkul tiga kejuaraan Piala Malaysia berturut-turut dari 1995 hingga 1997.
Selangor kemudian berjaya menjuarai Liga Perdana 1 (ketika itu) pada 2000, Piala FA (2001) dan gelaran Piala Malaysia ke-31 pada 2002.
Hanya selepas pengurus Selangor pada 2005, Datuk Satim Diman membawa bekas penyerangSelangor dan kebangsaan Dollah Salleh sebagai jurulatih, merah kuning kembali menunjukan kebangkitan.
Pengurusan Selangor ketika itu turut membawa masuk penyerang utama Indonesia, Bambang Pamungkas bersama rakan senegaranya Elie Aiboy dan hasilnya tiga kejuaraan- liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia berjaya dirangkul.
Selangor kemudian sekali lagi melalui dua musim tanpa sebarang gelaran dari 2005/06 hingga 2006/07, pertukaran pucuk pimpinan kerajaan negeri turut menyaksikan beberapa pegawai termasuk Satim melepaskan jawatan mereka dalam pengurusan pasukan pada pertengahan musim 2007/08.
FAS yang kini dipimpin Menteri Besar baru, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil langkah berani dengan melantik pengurus sepenuh masa pertama Selangor yang turut memecahkan tradisiFAS sebelum ini yang melantik pengurus hanya di kalangan ahli majlis FAS .
Zakaria Ab Rahim diberi kepercayaan sebagai pengurus sepenuh masa pertama Selangor sejak penubuhan FAS , dengan harapan ia dapat memberi nafas baru kepada bola sepak Selangor .

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites